Saturday, 4 April 2020

Kembara Jepun Raya (Part 2) - USJ Osaka


Salam semua

Rupanya dah bulan April 2020 haha...BTW kalau x sebab PKP kerana virus Covid19 rasanya memang lama lagi la nak update blog ni. Semoga wabak ni berakhir sebelum Ramadan Aminn.

OK kali ni hari kedua aku nak cerita pasal hari paling best sebab nak ke Universal Studios Japan atau USJ. Aku ni memang jenis suka pergi theme park...famili aku pon sama kot haha. So besar lagi la USJ ni nak banding ngan USS (Singapore). Punya jauh nak menapak dalam ni kalau USS tu beberapa langkah dah habis dah huhu.

First attraction yang kitorang pergi adalah show oleh Attack On Titan. Bagi peminat anime aku dah x payah terangkan lagi. So sesiapa yang x pernah tengok anime ni maybe akan rasa tak ada reason untuk tengok show ni contohnya makcik2 aku yang telah dipaksa untuk tengok sekali haha.

Dann...duit Yen aku jujurnya banyak dah dihabiskan untuk beli merchandise Attack On Titan ni sahaja so korang bayangkan la..baru hari kedua dah hampir 3/5 Yen aku habis.


                                           
                                              Gigih OK beli..seharian kat USJ aku pakai


                                                                   Eren versi comel

Next ialah Spiderman ride..macam ada kereta pusing2 macam tu jela tapi thrill jugak. Lepas tu ialah menaiki Roller Coaster kat Jurassic Park. Pengalaman paling x boleh lupa ialah menunggu nak naik roller coaster ni sebab time tu hujan lebat so lama gak la tunggu sebelum dibenarkan naik. Flying roller coaster pulak tu seumur hidup aku weh..masa naik tak payah cakap la macam separuh mati tapi PUASS..gambar takde pulak sebab aku n adik2 aku je naik.

Lepas tu macam haus pulak so singgah la beli air chocolate ke mocha aku tak ingat kat cafe..tak makan pon sebab tak rasa lapar maybe sebab excited kot naik main2 kan. Aku suka cashier machine kat Jepun ni..dia takda macam kat negara lain tau. Korang pergi la nanti korang observe sendiri.

Next dan yang terakhir ialah Harry Potter. Rasanya tak sah kalau pergi USJ tak pergi Harry Potter. Menapak agak jauh juga so beratur panjang gak la tapi laju. Dia macam ride juga tapi paling best la. Macam aku sebab naik dengan makcik aku yang OKU so dapat Car special so kena tunggu kat tempat lain untuk naik tak sama macam biasa.


                                 Sudah sampai pekan Hogwartt...terus rasa macam kat europe


Siapa tak kenal keretapi ni kan..

Tapi aku bukanlah peminat tegar Harry Potter so tak dapatlah menghayati sangat apa yang ada so just enjoy jer la kan. BTW Harry Potter bercakap Jepun ya...aku paham sikit2 jela haha.

So pulanglah kami dengan penuh kepuasan dan kegembiraan..masa balik nampak la satu bangunan parking ni khas untuk kereta Honda sahaja..wow..kalau kat Malaysia buat macam ni untuk Proton or Perodua sahaja aku tak tahu apa reaksi rakyat kita.

                                             

Your drive Honda ? You may park here Hokay


I am a railway fan so Jepun ni memang syurga nak cuci mata. Line ni sampai USJ. Korang google la sendiri line apa sebab kitorang naik bas 

So itu sahaja untuk hari ni. Next day..Kyoto a.k.a Melaka versi Jepun Hihi




Sunday, 15 December 2019

Kembara Jepun Raya (Part 1) - Osaka

Salam Semua

Kalau ikut entri sebelum ni, sepatutnya aku cerita sambungan Backpacker Singapore (Part 2). Tapi disebabkan kemalasan haha..takpelah korang boleh refer blog2 lain yang lebih detail. Lagipun aku rasa Singapore ni tak adalah susah mana dan sangat sesuai untuk mereka nak berjinak2 solo backpacker/traveler.

Ok kali ni nak cerita kisah kembara (bersama famili) ke negara yang menjadi impian sejak azali cehh..iaitulah JEPUN !! Nihon..sememangnya bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Kami pegi masa cuti raya 2019 bulan Jun haritu. Tepat malam raya pertama (raya pertama malamnya ya, aku still solat raya kat malaysia) bermulalah kembara kami ke tanah sakura.

Menaiki penerbangan MAS, bolehla rehat2 jap...sebab sampai ke Osaka (Kansai) pagi esoknya. Tapi biasalah dalam flight bukan boleh tidur sangat. Apabila ufuk langit menyinar..dah nampak la pulau2 yang ada kat laut Jepun sebelum landing Osaka. Untuk pengetahuan korang, Kansai airport ni terletak atas pulau buatan di laut Osaka.

Sampai je airport, kami pun tunggu tren (macam aerotrain KLIA tu) nak ke kastam & ambil bagasi. Masa tu pagi sangat kot orang x ramai. Imegresen pon lepas agak mudah. So lepas clear semua tunggula tour guide kami orang Jepun sampai. Sementara tu aku pon melihat2 la merayau dalam airport Kansai. Bila masuk toilet, maka itulah pertama kali dalam hidupku guna jamban automatik haha selama ni dengar orang cerita jer. Paling best tentang orang jepun ni, mereka sangat teliti bab kebersihan even toilet pon siap macam2 alat lengkap siap ada vakum kecil sedut habuk siling. No wonder la sentiasa bersih. Malaysia ? korang sendiri pon tahu.

                 Dalam bas. Lalu jambatan menghubungkan Kansai Airport & tanah besar Jepun


So dari aiport mula2 sekali pegi Umeda Sky Building..bangunan tertinggi la kot kat Osaka sebab ada observation deck & rekaan bangunan dia yg unik. Sepanjang perjalanan, satu lagi benda yang aku hairan adalah.. Okey Osaka ni dia macam Klang la kot or Penang..memang bandar pelabuhan & banyak kilang2 or gudang sepanjang laut tu TAPI aku tengok jalan2 raya area port ni sangatlah bersih & tak ada lubang walaupun dilalui lori2 besar bertan2. Kalau kat Malaysia mau dah berlubang berpasir bersimen dah jalan2 ni.

Bila nak masuk pusat bandar tu biasala ada jem sikit. Sampailah kitorang ke Umeda Building. Oh ya masa nak sampai aku nampak ada ramai japanese beratur luar jalan. Aku ingat apa rupanya beratur menunggu bas. Sangat berdisiplin kan mereka. So naiklah kitorang bergambar2 atas puncak Umeda Building tu sambil lihat view bandaraya Osaka yang terbentang luas.

                            Eskelator turun di Umeda Buidling. Siapa gayat jangan pandang luar

Lepas tu kitorang ke Expo city Osaka untuk makan lunch & bershopping. Expo city ni dia adalah mall yang agak besar siap ada giant ferris wheel. Kat sini ada jugak monorel so siapa2 yang nak pegi bolehlah naik monorel Osaka dan turun stesen yang x jauh sangat dari mall.

                               Stesen monorel Expo City. Sangat bersih kan kawasan ni rakan2

So lepas makan (ada restoran halal kat sini x ingat nama) maka tempat pertama dituju adalah Uniqlo. Sempat la merembat 2 helai Tshirt yang murah sebenarnya kalau ikut rate Jepun (kau jangan convert RM). Pastu beli Starbucks..oh ya aku memang keje Starbucks so sajalah nak merasa Starbucks Jepun ni macam mana. Untuk info bagi muslim, kat mall ni ada surau tapi kena minta kunci kat reception. Tapi masa tu aku tak solat sini so tak dapatlah nak cerita suraunya macam mana.

Kat Jepun ni aku perasan Starbucks diorang suka bersambung dengan Tsutaya. Tsutaya ni macam book store atau library la. So sempat la jugak menengok CD2 yang dijual. Btw aku peminat Kpop & Jpop haha..konon2nya nak cari CD Kpop versi Japanese tapi tak ada pula artis yang aku minat. BBNU Kpop banyaklah wakaka.

Lepas melepak mall, kitorang ke Dotounbori. Tempat ni bolehlah diibaratkan macam Sungai Gombak/Klang kat Masjid Jamek tu..Heart of city la kiranya. Sini lah tumpuan pelancong nak shopping ke..cruise sungai ke..tapi kitorang tak cruise la. Siapa tengok Jejak Jepun Jihan, dia memang pernah naik cruise ni time malam rasanya.

                                Dotounbori dah dekat area2 ni la. Ni teksi Olimpik Tokyo 2020


Kat sini kitorang berjalan2 lah shopping2 lagi. punyalah ramai manusia kat Dotounbori ni & ada jugak peminta sedekah kat sini sorang aku nampak x tahulah Japanese ke foreinger. Tapi ramai2 pun kawasan ni masih terjaga kebersihannya. Lepas spend masa dalam sejam lebih kat sini kitorang pun check in Hotel untuk merehatkan diri. Esok nak bermain2 kat Universal Studios Japan (USJ) Yayy

*Sebenarnya fon aku masa first day ni buat hal sebab tu x dapat nak post gambar yang elok2 sikit. Huhu*

Bersambung...




                                                 

Wednesday, 31 January 2018

Pengalaman Solo Backpacker ke Singapore (Part 1)

Salam semua.

Dah berhabuk dah blog aku nie..haha..entri pertama untuk 2018 nie aku nak cerita sikit la pasal pengalaman aku backpack solo ke Singapore. Ini bukanlah first time aku ke singapore..cuma ni adalah first time aku ke luar negara secara backpack..huhu.

Perjalanan bermula di JB Sentral. Masa tu tengahari lapar so makan lah dulu kat KFC alas perut. Lepas tu berjalan lah aku mengikut arus orang ramai ke bangunan CIQ untuk cop pasport. Untuk Warga Malaysia, boleh saja terus ke kaunter automatik. Jarak dari JB sentral ke CIQ memang agak jauh tapi korang x yah risau sebab mostly memang semuanya nak menuju ke CIQ..ikut jer.

Lepas je dari imegresen, turun eskalator..kat belah belakang tu ada banyak bas tersedia. Kalau baca blog2 lain ramai yang prefer suruh naik bas SBS 160 atau 170..sebenarnya ada reason dia kat situ sebab bas SBS ni memang kerap frekuensi dia nak banding SMRT 950 atau CW1 & 2. So aku pon beratur je la kat line SBS 170 sebab tu je bas yang ada time tu haha..lagipon aku x tahu kat celah mana nak tunggu bas SMRT atau CW tu huhu.

Masa naik bas tu, korang jangan risau kalau tengok semua orang cuma swap kad ez link diorang sebab kita masih boleh bayar tambang guna cash. Harga RM1.60 & cakap je kat drebar bas nak turun Kranji MRT nanti dia keluar tiket n korang duduk la kalo ada tempat duduk.

Peingatan : SILA SIMPAN TIKET ANDA..sebab nanti korang akan naik bas yang sama so dah x payah beli baru bila dah lepas imegresen kat Woodlands nanti..unless kalau korang naik bas yang lain so kena la bayar tambang yang lain pulak.

Lalu bas pon bergerak laju melalui tambak n sampai la korang ke CIQ Woodlands dalam masa tak smapai 5 minit kalau tak jem. Lepas bas berhenti, sila keluar berjemaah naik eskelator untuk cop pasport pulak. Jangan lupa ambil borang putih tepi tu, isi dan baru beratur untuk cop pasport.

Satu je nak cakap, lepas turun tangga dari cop pasport kat CIQ Woodlands, sila ke belakang ye bukan depan untuk tunggu bas yang banyak2 tadi. Lepas tu kalau korang jumpa bas SBS 170X..sebenarnya bas tu sama je ngan 170, pergi Kranji MRT gak. Aku haritu konfius sampai keluar balik dari Q sebab ingat 170X ni lain dari 170 biasa..tapi bila tengok signboard tulis KRANJI MRT so yakinlah anda di jalan yang benar..haha.

Nak berhenti kat mana ? Senang jer...nanti bas ni akan berhenti kat satu stesen MRT yang agak besar dan korang turunlah kat situ. Sila guna common sense anda dan rajin2kan mata tengok luar tu..lagi senang korang research jer dulu rupa stesen Kranji Mrt ni macam mana..so nanti takdela tercongok2 nak turun kat mana nanti.

Ok lepas nie..nak cerita pulak dari stesen MRT ke pusat bandar singapura..hehe..






Saturday, 1 April 2017

Hari pertama sebagai Pegawai Katering

Assalam semua

Wah..dah bulan 4 dah..cepat betol..hurm masih ada lagi ke yg meraikan 'pembodohan' April nie..rasanya masyarakat kita dah ada kesedaran lagi2 sebagai muslim..kalau ada lagi yang 'perbodohkan' orang lain hari nie...dialah yang bodoh sebenarnya..haha..

Ok seperti yang dijanjikan hari pertama kerja sebagai catering officer (C.O) di IKN. Dah lama tak hapdate sebab karier sebagai C.O ni sememangnya busy. Hari ni pon sebab hujan kat luar tu yang duk depan laptop ni haa..kalau tak memang dah keluar rumah pegi jalan2..

Aku masuk jam 9am. Aku pun ditunjukkan meja aku la sebagai C.O..hurm aku tengok meja tu memang agak bersepah la..banyak barang. Memang C.O sebelum ni bior tinggal macam tu je kot. Aku pun duduk dan buka hp nak online..tapi takde line pulak...Jadinya bosan gak la sementara nak tunggu Encik burn ni datang brief aku. Encik Burn ni mmg coordinator la untuk hospital division syarikat aku.

Aku pun dengan tak tahu buat apa duduk jela kat meja tu. Biasala hari pertama segan nak buat apa2. Aku pon  buka fail...dokumen2 yang ada kat meja tu..baca2 apa yang patut. En burn pon masuk ofis dalam pukul 10 lebih ke 11 camtu aku tak ingat. Lalu dia bawa aku berjalan2 satu premis tula. Tunjuk segala bagai tempat yang ada kat situ. Bila aku tengok..memang lain la sebabnya aku bekas pekerja (praktikal je pon haha) prince court yang mewah tu...tetiba compare ngan premis F&B hospital kerajaan..x adil la pula kan. Tapi itulah tanggungjawab aku kat sini..aku lah yang kena improve semua keadaan ni kan.

Lepas habis tawaf satu premis tu..aku diperkenalkan kepada bos aku..Puan Nisa. Kami pon bersama seorang lagi dietitian yang baru diberi penerangan tentang skop kerja, projek akan datang dan hal-hal lain. Tugas pertama yang diberi oleh bos aku ialah buat billing..atau report sales. Maksudnya dalam sehari tu brapa sales..dalam konteks nie..pesakit lah pelanggan kitorang. Dan setiap bulan kami akan dibayar oleh kerajaan berdasarkan invois yang kami keluarkan lah sebab kami ni kira tender atau kontraktor je untuk menyediakan khidmat makanan kepada pesakit.

Setakat tu jela..hari pertama ni takde apa sangat..sekarang dah 3 bulan dah aku kerja dan tak sangka sebenanrya. Jujurnya kerja aku ni memang tough, mental kena kuat, tak boleh hati tisu..sebabnya bidang operasi ni memang 24 jam. Even kalau ko cuti pon bila2 masa ko kena respon kalau ada apa2 masalah yang berlaku di ofis. Memang ada masa2 aku rasa tak boleh tahan, rasa macam nak berhenti..tapi tula benda yang aku kena hadap dan harung...kalau kita dalam zon selesa je sepanjang masa, kita tak boleh tingkatkan tahap kematangan kita...

Ok habisla cerita pasal kerja ni..boleh jadi stress pulak haha. Lepas ni aku nak cerita pasal travel2 pulak yang mana ianya adalah jiwa sebenar aku,,cewahh...nantikan...


                                          Institut Kanser Negara...cantik, moden & sunyi..


Saturday, 28 January 2017

Temuduga yang tak diduga (Part 2)

Assalamualaikum semua..

Pejam celik pejam celik dah sebulan aku kerja sebagai catering officer di Institut Kanser Negara under Segi Seri Sdn Bhd. Oh ya..disebabkan terlalu busy..baru hari ni rasa nak update..haha..Selamat Tahun Baru Cina semua.

Dalam entri lepas (kalau korang baca), aku dipanggil untuk satu interview ni. Korang pon dah tau kan aku sebagai apa dalam intro di atas. Sesungguhnya aku masih tak percaya yang aku dah bekerja tetap sekarang ni. Yela dulu drive orang sana sini menguber..tetiba aku duduk ofis di tempat kerja yang dalam bidang aku..alhamdulillah. Of coz gaji sebagai fresh grad takdela tinggi mana, tapi pengalaman bekerja tu yang lebih penting sebenarnya. 

Ok kita teruskan. Pada hari interview tu, tapi sebelum tu aku dah riki2 la Institut Kanser Negara ni kat mana apa semua. Aku pendekkan jadi IKN jela ye. Bila kita dah tahu tempat interview tu kat mana, barula kita rasa konfiden sikit kan. Pada hari interview, ada lagi 4 orang pompuan yang interview tapi jawatan masing2 berbeza. Aku je jantan pada hari itu..haha.

Macam biasalah..isi borang permohonan kerja. Lepas dah siap tu, kitorang dibawa ke bilik mesyuarat Jabatan Dietetik dan sajian. Yang ni under kerajaan, bukan Segi Seri..kiranya pinjam je bilik tu untuk interview. Aku orang kedua, yang first tu masuk adalah dalam 30 min camtu. Tapi masa tunggu tu aku takdela cuak sangat..mungkin sebab dah banyak kali pegi interview kot so rasa biase je. 

Bila giliran aku, aku pon masuklah melangkah. Interviewer adalah seorang lelaki dalam lingkungan 40an camtu kot. Dia ni kira orang besar Segi Seri la.Surprisingly, takde pertanyaan pon dari interviewer, dia hanya explain je apa skop kerja aku, pasal organisasi kat situ, cara kerja atau workflow kat situ dan soalan yang dia tanya adalah pasal gaji.  

Mula2 aku minta 2200..biasala kan gaji minimum untuk fresh grad.. tapi dia kata tinggi sangat..so aku turunkan la seberapa rendah yang aku boleh. Lepas tu dia setuju. Aku pon tak kisah la sangat sebab aku fikir pengalaman je dulu..tak nak fikir pasal gaji sangat. Cuma yang buat aku agak pressure bila dia macam nak aku masuk secepat yang mungkin. Bayangkan masa tu dah 27 DEC 2016. Alang2 baik aku start fresh tahun baru 2017 terus kan. Tapi dia cakap kalau masuk awal gaji lagi banyak sebab account tutup setiap 20hb aku pon iyakan jela dan mula kerja lusa. Lagipon tak nak la nampak kita ni macam demanding sangat kan..nanti apa pulak employer fikir pasal kita.

So sekarang alhamdulillah..dah sebulan genap aku bertahan kerja di situ. Aku rasa aku bertahan sebab aku ada pengalaman kerja katering hospital, sebab orang2 sebelum ni senang sangat berhenti maybe sebab tak tahan kot environment kat situ. Tapi bagi aku enjoy je...daripada kerja kat kilang rasanya lagi tension kot. 

Ok la setakat ni dulu. Lepas ni aku cerita hari pertama aku sebagai pegawai katering di IKN. Menarik untuk dituliskan...


Sunday, 1 January 2017

Temuduga yang tak diduga (Part 1)

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Rabbuljalil untuk bertemu 2017. Apa azam tahun baru korang ye ? Sebenarnya tak perlu pon pasang azam tiap tahun gitu. Dalam Islam pon kita dah diajar untuk berniat Lillahi Ta'ala dalam apa jua yang kita lakukan dan azam boleh diperbaharui setiap hari.

Ok lah sebenarnya entri kali ni nak cerita perkara yang agak menarik dan ajaib yang berlaku pada aku baru2 ni. Mungkin inilah yang Allah janjikan iaitu perkhabaran gembira bagi orang2 yang sabar. Macam aku yang boleh dikatakan setahun dah menganggur lepas grad. Tanpa putus aku berusaha naik turun ofis2 syarikat hantar resume, apply segala mak nenek job dalam jobstreet, hadiri seberapa banyak jobfair yang ada dengan harapan aku akan dapat interview dan diterima bekerja dalam banyak2 syarikat yang aku mohon tu.

Tapi, adakah itu semua jaminan yang kita akan dapat kerja ? Belum..jika tidak diiringi doa dan tawakal. Kadang2 Allah nak tunjukkan kuasa Dia. Perkara yang nampak mustahil bagi kita adalah tidak mustahil bagi Allah. 

Ceritanya begini..Macam yang korang tahu (baca entri sebelum ni), aku adalah pemandu Uber yang boleh dikatakan full time la kan. Uber punya uber,, akhirnya 3 bulan dah aku menguber. Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat,.walaupon income yang dapat taklah banyak mana. 

Pada suatu hari Jumaat yang mulia, aku dapat panggilan telefon. Dia tanya nama aku. Mula2 aku ingat bank yang call, sebab memang Bank nak call aku atas satu urusan ni. Bila jawab, tiba2 dia cakap dia wakil syarikat ni, dia dah baca resume aku dan berminat nak offer aku kerja syarikat dia. Aku macam...yaAllah..betol ke apa aku dengar ni. Sebabnya dah lama sangat takde company yang call..last bulan Mac tahun lepas (2016)..9 bulan dah tu ! 

Aku mula inginkan kepastian dengan bertanya 'ada interview tak ?' dia cakap ada..kalau boleh nak hari ni jugak. Memang tak la..aku tengah menguber kot. Pastu dia kata selasa depan la..sebab isnin cuti krismas. Dalam tak percaya tu, hati aku sebenarnya macam kuat mengatakan yang aku memang dah 90% diterima sebenarnya. Cuma, interview tu just orang kate formal way la kan nak amik orang baru bekerja. Mana ada pulak orang takda interview tetiba masuk..kecuali ko ada kabel besar..haha

Ok lah aku cerita setakat ni dulu. Esok kena kerja walopon public holiday..huhu..family aku semua cuti..bertabahlah..Nantikan bahagian seterusnya dalam Part 2.


Friday, 9 December 2016

Pengalaman Interview SL1M CIMB

Assalamualaikum...pejam celik akhirnya 2016 dah nak melabuhkan tirai. Mungkin bagi orang lain tahun ni adalah tahun terbaik mereka..tapi tidak bagi aku..sebab aku belum direzekikan untuk dapat kerja tetap lagi...huhuhu.

Ok..terus kepada tajuk. Kali ni aku nak cerita pengalaman interview kat cimb bank. Ni adalah interview SL1M aku yang kedua selepas UEM dan interview kerja yang keempat untuk tahun ni haha. Sebenarnya takdela buat persediaan rapi pon untuk interview nie. Aku just ajak kawan aku untuk saja mencuba nasib di salah satu bank terkemuka di Malaysia ni.

Kitorang pergi betul2 hari terakhir open interview ni iaitu pada 7 dis. Walaupon hari terakhir, tapi aku tengok tahap keramaian calon yang datang tu takdela ramai sangat..haha. Mungkin sebab kitorang datang pagi kot. Kitorang sampai dalam 10 lebih, kebetulan tren aku n kawan aku sampai serentak..dia dari sentul aku dari ampang. 

Lepas daftar kat lobby, naik tingkat 18 terletaknya HR ofis dia. Sebenarnya proses interview dia takdela lama sangat dan takde tulis esei pon sepertimana yang pernah aku baca orang2 yang pergi tahun sebelum2 ni. Mungkin situasi ekonomi yang teruk menyebabkan bank besar cam cimb pon berkira nak beli kertas (eh ?). 

Paling lama proses nak isi borang, hantar salinan sijil transcript semua, itu je. Lepas dah setel hantar semua tu dalam masa bape minit nama pon dipanggil. Kawan aku dipanggil dulu, lepas tu baru aku. Punyala santai n sempoi interview dia. Takde introduction pon..akak pegawai tu terus tanya aku soalan2 direct yang berkaitan kerja seolah2 macam aku dah confirm dapat..haha. Soalan2 adalah seperti...dari mana dapat tahu SL1M ? prefer nak posting bahagian mana ? ada transport sendiri ke x...sebab kalo takde transport aku rasa dia akan post kat HQ yang dekat ngan tren seperti Cimb masjid jamek dan KL Sentral. Since aku ada transport, akak tu letak aku kat damansara..hehe..

Hantar borang pukul 11am...interview habis sebelum pukul 12pm. Interview ni memang paling cepat, sempoi dan selesa..sebab apa ? sebab HR ofis dia banyak gila sofa n kerusi dan ko takdelah duduk bagai melukut di tepi gantang macam aku rasa masa interview SL1M UEM aritu..

Setakat ni jela. Lepas habis apa lagi,.Sogo dah ada kat sebelah..aku lepak2 minum jap ngan kawan aku n adik dia lepas tu kitorang pon balik sambil mengharap 3 minggu lagi dapatlah jawapan. Sebab tahun ni dah habis..intake baru bulan Jan atau Feb 2017. Sekian.

P/s : Tak sempat den nak amik gambar sebab terlupa..agaknya sebab cepat sangat kot..so entri kali ni tiada gambar ye..haha..Oh ya sebenarnya aku shortlisted candidate untuk admin di damansara..tapi aku x join la sebab dah dapat kerja tetap kat IKN..refer newer posts.