Saturday, 5 July 2014

Buka Puasa Di Hotel De Palma Shah Alam

Semalam hari Jumaat 4 Julai 2014 aku telah dijemput oleh De Palma Hotel Shah Alam untuk berbuka puasa di sana.  Sebenarnya ini la first time seumur hidup aku berbuka puasa kat hotel sebabnya..FREE! Kalo kene bayar jangan harap la sebabnya aku x kerja lagi..hahaha..Actaully yg Free ni utk para blogger review macam mana makanan n minuman di sana senang cerita event buka puasa ni secara overall la..





Sebelum maghrib..adala kumpulan Qasidah daripada budak2 tahfiz mengalunkan Qasidah, Selawat dan zikir2 sebagai halwa telinga sebelum berbuka.

Event buka puasa ni berkonsepkan ala bazar bak kata risalah yang aku baca la...so memang banyak giler makanan n minuman yang dihidangkan...mewah la..Meh tengok sikit apa yang ada...ni baru kat luar grand ballroom...















Ni baru satu side..ada lagi stesen Mee Kari, Kuey Teow, Ais Krim, ABC dan macam2 lagi la yang aku x sempat nak amik..

Dalam Grand Ballroom ? Of coz lagi banyak..jom kita tengok ada apa...

  
NASI HUJAN PANAS.....TERBAIKK




Sekali ada pulak sorang makcik ni berada di tengah2 dewan menganyam ketupat..apa lagi..memang centre of attraction la..fefeeling retis gitu..






Macam2 hidangan lagi la...korang layan jer la..

           









Ini pulak pelbagai jenis minuman yang disediakan...aku suka konsep barrel ala2 arak/ wine tapi of coz la air halal yang dihidangkan..buka puasa pulak..ko nak kene belasah..

TEH O AIS LIMAU & ANGGUR





Ini pulak hidangan yang aku ambik untuk berbuka..tapi ni baru first round...second n third round x larat la aku nak snap....hehe..

SELAMAT BERBUKA...NYUM2..

Secara keseluruhan memang sedap n lazat2 belaka makanan n minuman yang dihidangkan..ni pon amik separuh jer..kalo amik semua memang muntah la jawabnya. Cuma ABC dia agak kureng sebab ais besar2..mohon kasi halus lagi ais tersebut..tapi gambar ABC tu takde sebab kawan aku yang minum bukan aku..haha..

Sebelum balik..bergambar la sekejap kat tempat makcik menganyam ketupat tadi..makcik tersebut pon dah takde..dia pon nak berbuka jugak..ingat nak duk situ menganyam 24 jam..





Ini pulak De Palma Hotel Shah Alam pada waktu malam..pink theme..





Lupa pulak..sebelum balik..organizer ada bagi baucer berbuka puasa untuk 2 orang. Baucer bernilai RM75 setiap sorang. So untungla...tapi aku bagi kakak aku..malas nak buka sini kali kedua..buka tempat lain pulak :)

#blogger@depalma #berbukapuasadepalma #depalmahotelshahalam





Thursday, 3 April 2014

Selamat Datang ..Welcome


Selamat Datang ke Blog Sapphire Samudera ! Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya berblogging, pernah ada blog sebelum ni tapi pupus entah dimana ditelan masa. Jadi, ini adalah blog baru saya yang menjadi permulaan baru untuk saya !

Mengapa Sapphire Samudera ?

Sapphire atau dalam bahasa melayunya disebut nilam. Batu nilam adalah antara batu permata yang sangat cantik berwarna biru yang memukau atau menawan sesiapa sahaja melihatnya. Samudera pula adalah lautan luas yang menggambarkan betapa bumi ini terlalu luas untuk diterokai, ditelusuri dan disingkapi segala rahsianya. Lautan juga tidak selamanya tenang, ada kalanya ia bergelora, mengganas, begitu jugalah dengan kehidupanku dan kehidupan kita semua.

Baiklah...setakat ini saja perkenalan, ta'aruf dan introduction ku untuk post pertama ini. Sudilah mengikuti post2 seterusnya yang berkaitan dengan kembara hidupku di negara-negara orang.

SELAMAT MEMBACA !

(Gambar : Milford sounds, New Zealand {koleksi peribadi})