Friday, 9 December 2016

Pengalaman Interview SL1M CIMB

Assalamualaikum...pejam celik akhirnya 2016 dah nak melabuhkan tirai. Mungkin bagi orang lain tahun ni adalah tahun terbaik mereka..tapi tidak bagi aku..sebab aku belum direzekikan untuk dapat kerja tetap lagi...huhuhu.

Ok..terus kepada tajuk. Kali ni aku nak cerita pengalaman interview kat cimb bank. Ni adalah interview SL1M aku yang kedua selepas UEM dan interview kerja yang keempat untuk tahun ni haha. Sebenarnya takdela buat persediaan rapi pon untuk interview nie. Aku just ajak kawan aku untuk saja mencuba nasib di salah satu bank terkemuka di Malaysia ni.

Kitorang pergi betul2 hari terakhir open interview ni iaitu pada 7 dis. Walaupon hari terakhir, tapi aku tengok tahap keramaian calon yang datang tu takdela ramai sangat..haha. Mungkin sebab kitorang datang pagi kot. Kitorang sampai dalam 10 lebih, kebetulan tren aku n kawan aku sampai serentak..dia dari sentul aku dari ampang. 

Lepas daftar kat lobby, naik tingkat 18 terletaknya HR ofis dia. Sebenarnya proses interview dia takdela lama sangat dan takde tulis esei pon sepertimana yang pernah aku baca orang2 yang pergi tahun sebelum2 ni. Mungkin situasi ekonomi yang teruk menyebabkan bank besar cam cimb pon berkira nak beli kertas (eh ?). 

Paling lama proses nak isi borang, hantar salinan sijil transcript semua, itu je. Lepas dah setel hantar semua tu dalam masa bape minit nama pon dipanggil. Kawan aku dipanggil dulu, lepas tu baru aku. Punyala santai n sempoi interview dia. Takde introduction pon..akak pegawai tu terus tanya aku soalan2 direct yang berkaitan kerja seolah2 macam aku dah confirm dapat..haha. Soalan2 adalah seperti...dari mana dapat tahu SL1M ? prefer nak posting bahagian mana ? ada transport sendiri ke x...sebab kalo takde transport aku rasa dia akan post kat HQ yang dekat ngan tren seperti Cimb masjid jamek dan KL Sentral. Since aku ada transport, akak tu letak aku kat damansara..hehe..

Hantar borang pukul 11am...interview habis sebelum pukul 12pm. Interview ni memang paling cepat, sempoi dan selesa..sebab apa ? sebab HR ofis dia banyak gila sofa n kerusi dan ko takdelah duduk bagai melukut di tepi gantang macam aku rasa masa interview SL1M UEM aritu..

Setakat ni jela. Lepas habis apa lagi,.Sogo dah ada kat sebelah..aku lepak2 minum jap ngan kawan aku n adik dia lepas tu kitorang pon balik sambil mengharap 3 minggu lagi dapatlah jawapan. Sebab tahun ni dah habis..intake baru bulan Jan atau Feb 2017. Sekian.

P/s : Tak sempat den nak amik gambar sebab terlupa..agaknya sebab cepat sangat kot..so entri kali ni tiada gambar ye..haha..Oh ya sebenarnya aku shortlisted candidate untuk admin di damansara..tapi aku x join la sebab dah dapat kerja tetap kat IKN..refer newer posts.

Friday, 7 October 2016

Pengalaman pertama sebagai pemandu Uber

Salam Jumaat semua..

Seperti yang dijanjikan..kali ni aku nak kisahkan sikit pengalaman aku pada hari pertama mengUber. Perasaan tu macam biasa lah..apa2 benda kita buat first time pon mesti ada rasa neves, excited dan sebagainya. Tapi aku yakin dan be positive..selebihnya kita serah kepada Yang Maha Kuasa.

Aku mula keluar rumah dalam kul 10am camtu (sepatutnya target kul 9am). Duduk dalam kereta kejap, on Uber..kejap je x sampai 2 minit dah dapat request pertama. Aku pun start enjin dan mula bergerak..TIBA2...'your rider cancelled the trip'..fuhh..patah hati haha..aku pon berhenti dan tunggu lagi. Tak lama lepas tu dapat request kedua dan kali ni x cancel..hihi.

Penumpang pertama aku ialah adik2 student yang nak ke kelas pada waktu pagi, so takdela gelabah sangat. Yang gelabah ialah masa dah sampai kolej diorang tu, aku x tahu nak tekan macam mana..sebab dalam video demo Uber dan dalam apps lain. Adik kat sebelah aku tu yang ajar 'tekan ni'..ok...so skrin menunjukkan RM0..eh ? walaupon aku rasa pelik, tapi sebenarnya aku tahu yang diorang sebenarnya pakai 'free rides' or 'credit card'. Cuma bila RM0 tu agak klaka bagi aku sebab first customer naik free2 je (padehal Uber bayar kat aku nanti..keh3).

Belom sempat aku nak tengok fare last trip, terus masuk request baru..aku pon tekan dan terus pick up yang seterusnya. Kali ni baru penumpang bayar cash kat aku..alhamdulullah. Penumpang seterusnya nak ke KL pulak. Yang ni aku ada silap sikit sebab terlalu percaya waze...aku ikut jalan jauh nak ke Quill mall padehal dah dekat dah. Harap2 dia x marah la sebab dia pon tahu aku first time..huhu.

Last trip, first penumpang lelaki yang aku dapat. Bila borak2, abang ni pon join Uber/ grab jugak. So banyak la tips2 yang dia bagi kat aku as a first timer. Bila fikir2 balik apa yang dia cakap ada yang boleh pakai, ada yang x boleh..hehe. Lepas drop dia, aku pun balik. Sebab hari pertama ni nak test je..tapi ok la dalam 2 jam online..dapat 4 trip..dapatla dalam RM20 setelah ditolak yuran Uber.

Kesimpulan ? Aku rasa seronok dan macam ketagih pulak haha. Yes, masa bawa penumpang pertama memang neves tapi lama2 rasa macam nak bawa lagi dan lagi. Sementara aku takda kerja tetap ni memang niat nak jadi Uber driver full time. Even dah dapat kerja tetap pon nanti, InsyaAllah akan terus bawa Uber sebagai pendapatan sampingan. Ada siapa2 nak join ? Sila kan..hasilnya berbaloi2 kalo kau rajin dan rezeki berpihak pada anda :)

Tuesday, 4 October 2016

Join Uber atau Grab ?

Salam semua...bertemu lagi kita...

Nampaknya bukan rezeki aku untuk dapat kerja yg aku pohon sebelum ni..huhu (lihat entri terdahulu). Its okay, life must goes on..rezeki ada di mana2..aku percaya Allah x bagi sesuatu tu melainkan hanya 2 sebab. Sama ada kite memang x layak untuk kerja tu atau mungkin ada kerja lebih baik yang menanti kita.

Ok lah..kali ni aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dalam 'private driver app' nie. Aku dah target kalo x dapat jugak kerja bulan sekian2...aku akan cuba buat part time kerja lain dulu. Yela, adik aku pon dah kerja full time, abang dia boleh pulak duduk umah goyang kaki. Apa ko ingat ada orang nak masukkan bilion2 dalam akaun ko ? *Lari*

Grab ?

Al kisahnya aku pon daftar la semua detail kat grab. Lepas tu diorang hantar email pasal semua detail la. Actually kena baca dulu kursus pemandu grab yang disediakan secara online. Lepas abis kursus tu, wajib jawab soalan quiz yang disediakan grab. Aku dengan bangganya mengatakan aku lulus 100% kursus tu..alhamdulillah..TAPI ?

Aku tak layak ! Eh apsal pulak ? Bukan dah lulus ke..cemerlang pulak tu. Haa..untuk pengetahuan pembaca..Grab mempunyai syarat2 yang ketat berkenaan model kereta yang akan digunakan. Secara mudahnya..kereta aku tak layak la..huhu..silap aku jugak..patutnya contact person in charge dulu..ni main redah jer jawab soalan kuiz bagai..kira macam ko dapat degree..tapi degree ko x layak nak minta kerja mana2 company *Eh* Tamat lah cinta kita di sini Grab..bye2

Uber ?

Aku cuba 'mengorat' Uber. Adakah Uber 'jual mahal' seperti grab. Nampaknya Uber punya syarat lebih mudah. Suka untuk aku nyatakan di sini aku x nak bagitahu model2 kereta specific kat sini sebab peraturan Uber/ Grab ni berubah2. Maybe proton iriz x layak hari ni..tapi bulan depan tiba2 iriz layak..contoh jela ye. Yang ni korang kena update sendiri la (kalo sape2 nak jadi driver).

Aku join uber ni sebenarnya under partner. Kiranya macam wakil la. Boleh percaya ke ? Boleh, sebab bezanya kalo kita buat sendiri kita kena pegi centre dia. Kalo under wakil dia boleh buat semuanya untuk kita dan PERCUMA. Tapi bukanlah semuanya ya, macam dokumen2 tu semua still kena upload/ update kat account uber sendiri dan selepas Uber review dan disahkan layak, barulah account kita diaktifkan dan kita boleh mula mengambil penumpang yang pertama :) Kiranya wakil ni hanya bagi bimbingan kat ko la secara personal..takdelah mati kutu ke apa kalo buat sendiri kan.

 https://static.independent.co.uk/s3fs-public/thumbnails/image/2016/07/07/10/uber2.jpeg

So..itu saja lah nak celoteh malam nie. Esok nak prepare2 apa yang patut kat kereta aku tu. Mandikan dia, periksa apa yang patut..lusa kot baru ambik penumpang pertama. Perasaan ? Nervous dan excited..haha..semoga segala2 nya dipermudahkan..Amin.

*Nantikan entri seterusnya pengalaman pertama sebagai pemandu uber*






Thursday, 15 September 2016

Pengalaman Interview Pegawai Sambilan KKM

Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak kongsi sikit lah pengalaman bertemuduga sebagai pegawai sambilan bahagian kualiti & keselamatan makanan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) secara 'Walk-in'. Ini lah temuduga kerajaan pertama dalam hidup aku. Dalam entri aku sebelum ni, aku ada cakap yang interview SL1M UEM bulan lepas langsung takde kaitan dengan aku kan? Haa..kali ni memang berkaitan dengan aku la sebab aku pemegang ijazah teknologi makanan. 

Tahu pasal iklan pegawai sambilan ni pon last2 minit. Iklan hari selasa, hari jumaat tu jugak nak interview (What the ??) tak tahu la pulak memang kerajaan punya style macam ni ke atau memang diorang x nak amik orang banyak2 sangat Wallahu'alam. Kelam kabut skit la aku sediakan semua sijil, salinan dokumen, pengesahan bagai..huh.

Temuduga dijalankan di Putrajaya tepatnya Menara Prisma sebab ofisnya kat sini. Pada hari temuduga, hujan sangat lebat pagi itu ditambah perjalanan yang agak jauh dari ampang ke putrajaya menjadikan ni interview paling mencabar bagi aku setakat ni la..haha..nak kerja punya pasal.


 
                                          Keluar je lif aras 4 ini lah dia tempatnya

Aku bersama kawan lagi 2 orang pon bergerak masuk. Actually kitorang masuk lambat sikit sebab nak tunggu hujan reda, tapi x reda pon..redah jer dengan berpayung2 tu ke menara prisma sebab kitorang park dekat parking pelawat perbadanan putrajaya. Masa daftar, kitorang giliran ke 20 ke atas camtu..so takdela lambat sangat kitorang hihi. Jumlah yang datang aritu pon tak la ramai sangat dalam 50 orang lebih kurang. Mungkin sebab iklan yang short notice dan cuti hari raya haji minggu depannya.

Lepas daftar, kitorang pon duduk kat meja bulat yang disediakan. Sambil2 menunggu tu macam biase la..main hp, baca apa yang patut, borak tapi suara terkawal. Masuk bilik sorang2 ya. Dalam pukul 11am camtu, akak yang jaga tu tiba2 tanya berapa ramai ya lelaki ? Ye la sebab hari tu hari Jumaat, jadi kami diberi keutamaan utk interview dahulu..Alhamdulillah..cepat sikit dah lama tunggu..haha.

Giliran aku pon sampai, dengan yakin n semangat aku masuk ke bilik temuduga. Penemuduga seorang je. Macam biasa la soalan pertama mesti introduce yourself. Aku jawab sepenuhnya dalam bahasa melayu (kekok sikit sebab selama ni interview kat private company so harus English).

Temuduga kerajaan ni menang kena prepare macam2 sebab soalan2 dia banyak berkaitan negara dan isu2 semasa. Macam aku hari tu dapat soalan pasal TPPA, adakah aku setuju ke tak. Soalan lain macam program2 yang dijalankan kementerian yang korang interview tu la. Macam aku mestilah apa yang KKM buat kan. Lepas tu kena bayangkan yang korang tengah dalam jawatan yang korang nak sebab soalan2 banyak berkisar tentang tugas2 yang bakal korang jalankan. Actually ada beberapa soalan berkaitan bidang aku yang silap jawab, tak tahu la tu affect ke x untuk pengambilan..sob3.

Setakat ni saja la pekongian aku. Akhir bulan ni baru dapat tahu keputusannya. Harap2 aku dapat la kerja ni..huhu.

Nota Kaki : Alhamdulillah..bukan aku yang dapat..tapi salah sorang kawan aku yang pegi sama yang dapat..Tahniah untuk beliau..bukan senang weh keje kerajaan.



Friday, 19 August 2016

Pengalaman Interview SL1M di UEM

Dah lama tak update blog..dah 2 tahun..haha. Kali ni nak citer la sikit pengalaman interview kat UEM. Korang tahu x UEM tu apa ? Untuk budak2 engineering mesti diorng tahu...ni salah satu company engineering femes kat malaysia. Yang korang balik kampung lalu highway plus tu diorng punya la tu.

So aku ni takdela kaitan sangat sebab aku food tech degree (jauh giler kan ?) tapi since SL1M ni memang menyediakan latihan utk fresh grad..so why not give it a try kan..mana la tahu kot2 ada rezeki kat sini.

Aku pegi hari khamis. Dia ada 2 hari.. khamis (18 ogos) atau jumaat (19 ogos). Alkisahnya aku pon sampai kat Mercu UEM KL sentral dalam 9.30am camtu. Pegi kaunter reception tanya kat mana ye interview slim..tengok2 dah memanjang dah beratur kat Level 7 tu. Disebabkan aku dah daftar online pakai hot seat, jadi beratur pendek sikit la. Pendek2 pon lama juga la nak menunggu giliran interview nya. Tiba2 kami semua dipaksa untuk masuk dewan The Oddessey yang megah tu untuk dengar taklimat yg apa pegawai merepek tu pon aku tak tahu..lama giler kot. Perangai org kita..bila minta tanya soalan..semua segan2 nak tanya..tapi bila sorang dah tanya..haa amik kau sampai ke pukul 1pm sesi soal jawab nye...padehal ramai lagi x sempat daftar, yang belom interview. Yang dah interview legalah..boleh balik terus lepas taklimat tu.


                                                Ramai kan manusia2 penanam anggur

Lepas taklimat, kami dipecahkan mengikut kos masing2..so senang n cepatlah sikit proses interview nya. Kitorang yang daftar online (eventbrite) ni memang dah jadi satu grup & naik ke Level 8. Masa pembahagian ni la aku rasa cam sesat sekejap. Ye lah, orang lain semua engineering, finance, HR, tetiba aku food service technology..kahkah..tapi peduli apa aku..asalkan ada peluang grab jela kan. So dalam 'kesesatan' tu, aku pon pilihlah admin sebab yang ni semua kos boleh try n ade sedikit kaitan ngan kos aku.

Tengah2 menunggu ni..ada akak2 n abang2 UEM yang baik edarkan makanan. Takdela banyak just karipap, sandwich n air kotak..tapi bagi kami ianya sudah 'heaven' kerana ko akan interview kejap lagi..so alaslah perut sikit.

Lama jugakla aku beratur berdiri nak dekat sejam..betapa gigihnya nak mencari pekerjaan..cewah..Lupa pulak sebelom tu korang akan diberi borang evaluation nanti bila masuk bilik interview kena pass kat interviewer untuk diorng nilai. Dalam 2.50pm aku pon masuk. Haa mesti korang nak tahu soalan interview kan ?

Tips :
Sebenarnya dalam borang tu sendiri dah ada soalan2 nya. Korang just prepare je point apa korang nak cakap. Maaf aku lupa nak snap borang tu..tapi kalo snap nanti orang kata plagiat pulak kan haha.

Antara soalan yang aku ingat..apa cabaran kau pertama kali diberi tugas yang kau tak tahu..apa kawan korang describe pasal korang in 3 words dan banyak lagi la..disebabkan aku dah agak penat menunggu so agak kelam kabut sikitla english aku haha..but still point yang aku nak cakap tu keluar alhamdulillah. Interview kat UEM memang sorang2. aku ingatkan adalah kena jawab esei ke apa rupanya takde..dan kalo ada pon aku tak tahula camne nak handle dengan umat manusia yang ramai tu..

Lepas seminggu dapatlah tahu..bak kate puan yang interview aku tula...maybe boleh jadi lagi cepat, on the spot..semua tu depends kat background korang n ketrampilan diri korang masa interview tu.cewahh. Pakailah kemas2 n cantik2..x rugi pon sebab semua tu akan dinilai :)