Saturday, 1 April 2017

Hari pertama sebagai Pegawai Katering

Assalam semua

Wah..dah bulan 4 dah..cepat betol..hurm masih ada lagi ke yg meraikan 'pembodohan' April nie..rasanya masyarakat kita dah ada kesedaran lagi2 sebagai muslim..kalau ada lagi yang 'perbodohkan' orang lain hari nie...dialah yang bodoh sebenarnya..haha..

Ok seperti yang dijanjikan hari pertama kerja sebagai catering officer (C.O) di IKN. Dah lama tak hapdate sebab karier sebagai C.O ni sememangnya busy. Hari ni pon sebab hujan kat luar tu yang duk depan laptop ni haa..kalau tak memang dah keluar rumah pegi jalan2..

Aku masuk jam 9am. Aku pun ditunjukkan meja aku la sebagai C.O..hurm aku tengok meja tu memang agak bersepah la..banyak barang. Memang C.O sebelum ni bior tinggal macam tu je kot. Aku pun duduk dan buka hp nak online..tapi takde line pulak...Jadinya bosan gak la sementara nak tunggu Encik burn ni datang brief aku. Encik Burn ni mmg coordinator la untuk hospital division syarikat aku.

Aku pun dengan tak tahu buat apa duduk jela kat meja tu. Biasala hari pertama segan nak buat apa2. Aku pon  buka fail...dokumen2 yang ada kat meja tu..baca2 apa yang patut. En burn pon masuk ofis dalam pukul 10 lebih ke 11 camtu aku tak ingat. Lalu dia bawa aku berjalan2 satu premis tula. Tunjuk segala bagai tempat yang ada kat situ. Bila aku tengok..memang lain la sebabnya aku bekas pekerja (praktikal je pon haha) prince court yang mewah tu...tetiba compare ngan premis F&B hospital kerajaan..x adil la pula kan. Tapi itulah tanggungjawab aku kat sini..aku lah yang kena improve semua keadaan ni kan.

Lepas habis tawaf satu premis tu..aku diperkenalkan kepada bos aku..Puan Nisa. Kami pon bersama seorang lagi dietitian yang baru diberi penerangan tentang skop kerja, projek akan datang dan hal-hal lain. Tugas pertama yang diberi oleh bos aku ialah buat billing..atau report sales. Maksudnya dalam sehari tu brapa sales..dalam konteks nie..pesakit lah pelanggan kitorang. Dan setiap bulan kami akan dibayar oleh kerajaan berdasarkan invois yang kami keluarkan lah sebab kami ni kira tender atau kontraktor je untuk menyediakan khidmat makanan kepada pesakit.

Setakat tu jela..hari pertama ni takde apa sangat..sekarang dah 3 bulan dah aku kerja dan tak sangka sebenanrya. Jujurnya kerja aku ni memang tough, mental kena kuat, tak boleh hati tisu..sebabnya bidang operasi ni memang 24 jam. Even kalau ko cuti pon bila2 masa ko kena respon kalau ada apa2 masalah yang berlaku di ofis. Memang ada masa2 aku rasa tak boleh tahan, rasa macam nak berhenti..tapi tula benda yang aku kena hadap dan harung...kalau kita dalam zon selesa je sepanjang masa, kita tak boleh tingkatkan tahap kematangan kita...

Ok habisla cerita pasal kerja ni..boleh jadi stress pulak haha. Lepas ni aku nak cerita pasal travel2 pulak yang mana ianya adalah jiwa sebenar aku,,cewahh...nantikan...


                                          Institut Kanser Negara...cantik, moden & sunyi..


Saturday, 28 January 2017

Temuduga yang tak diduga (Part 2)

Assalamualaikum semua..

Pejam celik pejam celik dah sebulan aku kerja sebagai catering officer di Institut Kanser Negara under Segi Seri Sdn Bhd. Oh ya..disebabkan terlalu busy..baru hari ni rasa nak update..haha..Selamat Tahun Baru Cina semua.

Dalam entri lepas (kalau korang baca), aku dipanggil untuk satu interview ni. Korang pon dah tau kan aku sebagai apa dalam intro di atas. Sesungguhnya aku masih tak percaya yang aku dah bekerja tetap sekarang ni. Yela dulu drive orang sana sini menguber..tetiba aku duduk ofis di tempat kerja yang dalam bidang aku..alhamdulillah. Of coz gaji sebagai fresh grad takdela tinggi mana, tapi pengalaman bekerja tu yang lebih penting sebenarnya. 

Ok kita teruskan. Pada hari interview tu, tapi sebelum tu aku dah riki2 la Institut Kanser Negara ni kat mana apa semua. Aku pendekkan jadi IKN jela ye. Bila kita dah tahu tempat interview tu kat mana, barula kita rasa konfiden sikit kan. Pada hari interview, ada lagi 4 orang pompuan yang interview tapi jawatan masing2 berbeza. Aku je jantan pada hari itu..haha.

Macam biasalah..isi borang permohonan kerja. Lepas dah siap tu, kitorang dibawa ke bilik mesyuarat Jabatan Dietetik dan sajian. Yang ni under kerajaan, bukan Segi Seri..kiranya pinjam je bilik tu untuk interview. Aku orang kedua, yang first tu masuk adalah dalam 30 min camtu. Tapi masa tunggu tu aku takdela cuak sangat..mungkin sebab dah banyak kali pegi interview kot so rasa biase je. 

Bila giliran aku, aku pon masuklah melangkah. Interviewer adalah seorang lelaki dalam lingkungan 40an camtu kot. Dia ni kira orang besar Segi Seri la.Surprisingly, takde pertanyaan pon dari interviewer, dia hanya explain je apa skop kerja aku, pasal organisasi kat situ, cara kerja atau workflow kat situ dan soalan yang dia tanya adalah pasal gaji.  

Mula2 aku minta 2200..biasala kan gaji minimum untuk fresh grad.. tapi dia kata tinggi sangat..so aku turunkan la seberapa rendah yang aku boleh. Lepas tu dia setuju. Aku pon tak kisah la sangat sebab aku fikir pengalaman je dulu..tak nak fikir pasal gaji sangat. Cuma yang buat aku agak pressure bila dia macam nak aku masuk secepat yang mungkin. Bayangkan masa tu dah 27 DEC 2016. Alang2 baik aku start fresh tahun baru 2017 terus kan. Tapi dia cakap kalau masuk awal gaji lagi banyak sebab account tutup setiap 20hb aku pon iyakan jela dan mula kerja lusa. Lagipon tak nak la nampak kita ni macam demanding sangat kan..nanti apa pulak employer fikir pasal kita.

So sekarang alhamdulillah..dah sebulan genap aku bertahan kerja di situ. Aku rasa aku bertahan sebab aku ada pengalaman kerja katering hospital, sebab orang2 sebelum ni senang sangat berhenti maybe sebab tak tahan kot environment kat situ. Tapi bagi aku enjoy je...daripada kerja kat kilang rasanya lagi tension kot. 

Ok la setakat ni dulu. Lepas ni aku cerita hari pertama aku sebagai pegawai katering di IKN. Menarik untuk dituliskan...


Sunday, 1 January 2017

Temuduga yang tak diduga (Part 1)

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Rabbuljalil untuk bertemu 2017. Apa azam tahun baru korang ye ? Sebenarnya tak perlu pon pasang azam tiap tahun gitu. Dalam Islam pon kita dah diajar untuk berniat Lillahi Ta'ala dalam apa jua yang kita lakukan dan azam boleh diperbaharui setiap hari.

Ok lah sebenarnya entri kali ni nak cerita perkara yang agak menarik dan ajaib yang berlaku pada aku baru2 ni. Mungkin inilah yang Allah janjikan iaitu perkhabaran gembira bagi orang2 yang sabar. Macam aku yang boleh dikatakan setahun dah menganggur lepas grad. Tanpa putus aku berusaha naik turun ofis2 syarikat hantar resume, apply segala mak nenek job dalam jobstreet, hadiri seberapa banyak jobfair yang ada dengan harapan aku akan dapat interview dan diterima bekerja dalam banyak2 syarikat yang aku mohon tu.

Tapi, adakah itu semua jaminan yang kita akan dapat kerja ? Belum..jika tidak diiringi doa dan tawakal. Kadang2 Allah nak tunjukkan kuasa Dia. Perkara yang nampak mustahil bagi kita adalah tidak mustahil bagi Allah. 

Ceritanya begini..Macam yang korang tahu (baca entri sebelum ni), aku adalah pemandu Uber yang boleh dikatakan full time la kan. Uber punya uber,, akhirnya 3 bulan dah aku menguber. Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat,.walaupon income yang dapat taklah banyak mana. 

Pada suatu hari Jumaat yang mulia, aku dapat panggilan telefon. Dia tanya nama aku. Mula2 aku ingat bank yang call, sebab memang Bank nak call aku atas satu urusan ni. Bila jawab, tiba2 dia cakap dia wakil syarikat ni, dia dah baca resume aku dan berminat nak offer aku kerja syarikat dia. Aku macam...yaAllah..betol ke apa aku dengar ni. Sebabnya dah lama sangat takde company yang call..last bulan Mac tahun lepas (2016)..9 bulan dah tu ! 

Aku mula inginkan kepastian dengan bertanya 'ada interview tak ?' dia cakap ada..kalau boleh nak hari ni jugak. Memang tak la..aku tengah menguber kot. Pastu dia kata selasa depan la..sebab isnin cuti krismas. Dalam tak percaya tu, hati aku sebenarnya macam kuat mengatakan yang aku memang dah 90% diterima sebenarnya. Cuma, interview tu just orang kate formal way la kan nak amik orang baru bekerja. Mana ada pulak orang takda interview tetiba masuk..kecuali ko ada kabel besar..haha

Ok lah aku cerita setakat ni dulu. Esok kena kerja walopon public holiday..huhu..family aku semua cuti..bertabahlah..Nantikan bahagian seterusnya dalam Part 2.