Dah lama tak update blog..dah 2 tahun..haha. Kali ni nak citer la sikit pengalaman interview kat UEM. Korang tahu x UEM tu apa ? Untuk budak2 engineering mesti diorng tahu...ni salah satu company engineering femes kat malaysia. Yang korang balik kampung lalu highway plus tu diorng punya la tu.
So aku ni takdela kaitan sangat sebab aku food tech degree (jauh giler kan ?) tapi since SL1M ni memang menyediakan latihan utk fresh grad..so why not give it a try kan..mana la tahu kot2 ada rezeki kat sini.
Aku pegi hari khamis. Dia ada 2 hari.. khamis (18 ogos) atau jumaat (19 ogos). Alkisahnya aku pon sampai kat Mercu UEM KL sentral dalam 9.30am camtu. Pegi kaunter reception tanya kat mana ye interview slim..tengok2 dah memanjang dah beratur kat Level 7 tu. Disebabkan aku dah daftar online pakai hot seat, jadi beratur pendek sikit la. Pendek2 pon lama juga la nak menunggu giliran interview nya. Tiba2 kami semua dipaksa untuk masuk dewan The Oddessey yang megah tu untuk dengar taklimat yg apa pegawai merepek tu pon aku tak tahu..lama giler kot. Perangai org kita..bila minta tanya soalan..semua segan2 nak tanya..tapi bila sorang dah tanya..haa amik kau sampai ke pukul 1pm sesi soal jawab nye...padehal ramai lagi x sempat daftar, yang belom interview. Yang dah interview legalah..boleh balik terus lepas taklimat tu.
Ramai kan manusia2 penanam anggur
Lepas taklimat, kami dipecahkan mengikut kos masing2..so senang n cepatlah sikit proses interview nya. Kitorang yang daftar online (eventbrite) ni memang dah jadi satu grup & naik ke Level 8. Masa pembahagian ni la aku rasa cam sesat sekejap. Ye lah, orang lain semua engineering, finance, HR, tetiba aku food service technology..kahkah..tapi peduli apa aku..asalkan ada peluang grab jela kan. So dalam 'kesesatan' tu, aku pon pilihlah admin sebab yang ni semua kos boleh try n ade sedikit kaitan ngan kos aku.
Tengah2 menunggu ni..ada akak2 n abang2 UEM yang baik edarkan makanan. Takdela banyak just karipap, sandwich n air kotak..tapi bagi kami ianya sudah 'heaven' kerana ko akan interview kejap lagi..so alaslah perut sikit.
Lama jugakla aku beratur berdiri nak dekat sejam..betapa gigihnya nak mencari pekerjaan..cewah..Lupa pulak sebelom tu korang akan diberi borang evaluation nanti bila masuk bilik interview kena pass kat interviewer untuk diorng nilai. Dalam 2.50pm aku pon masuk. Haa mesti korang nak tahu soalan interview kan ?
Tips :
Sebenarnya dalam borang tu sendiri dah ada soalan2 nya. Korang just prepare je point apa korang nak cakap. Maaf aku lupa nak snap borang tu..tapi kalo snap nanti orang kata plagiat pulak kan haha.
Antara soalan yang aku ingat..apa cabaran kau pertama kali diberi tugas yang kau tak tahu..apa kawan korang describe pasal korang in 3 words dan banyak lagi la..disebabkan aku dah agak penat menunggu so agak kelam kabut sikitla english aku haha..but still point yang aku nak cakap tu keluar alhamdulillah. Interview kat UEM memang sorang2. aku ingatkan adalah kena jawab esei ke apa rupanya takde..dan kalo ada pon aku tak tahula camne nak handle dengan umat manusia yang ramai tu..
Lepas seminggu dapatlah tahu..bak kate puan yang interview aku tula...maybe boleh jadi lagi cepat, on the spot..semua tu depends kat background korang n ketrampilan diri korang masa interview tu.cewahh. Pakailah kemas2 n cantik2..x rugi pon sebab semua tu akan dinilai :)
Assalamualaikum, saya ayu. hmm, nak tanya. dah dapat ke jawapan sl1m tu? lagi satu eventbrite hot seat tu kan mmg free eh? nnti time open interview kena bawa la? means kena print la attachment yg dia attach sekali kat email kita tu ye? time awak pergi interview tu mmg bawa 3 copy resume and 3 copy sijil2 ke? mmg smua drg ambil ke? thanks.
ReplyDeleteWaalaikumsalam..x dapat jawapan pon huhu..aah free tapi saya x ingat la bawa ke x attachment tu..tapi nak selamat bawa jela. Pasal 3 copy tu..sebenarnya bawa lebih pon takpe sebab aritu organization diorang kelam kabut sikit..naseb baik saya ade spare copy
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs salam, Selepas interview, kena pergi training berapa lama? Ramai tak yang di serap masuk?
ReplyDelete