Saturday, 1 April 2017

Hari pertama sebagai Pegawai Katering

Assalam semua

Wah..dah bulan 4 dah..cepat betol..hurm masih ada lagi ke yg meraikan 'pembodohan' April nie..rasanya masyarakat kita dah ada kesedaran lagi2 sebagai muslim..kalau ada lagi yang 'perbodohkan' orang lain hari nie...dialah yang bodoh sebenarnya..haha..

Ok seperti yang dijanjikan hari pertama kerja sebagai catering officer (C.O) di IKN. Dah lama tak hapdate sebab karier sebagai C.O ni sememangnya busy. Hari ni pon sebab hujan kat luar tu yang duk depan laptop ni haa..kalau tak memang dah keluar rumah pegi jalan2..

Aku masuk jam 9am. Aku pun ditunjukkan meja aku la sebagai C.O..hurm aku tengok meja tu memang agak bersepah la..banyak barang. Memang C.O sebelum ni bior tinggal macam tu je kot. Aku pun duduk dan buka hp nak online..tapi takde line pulak...Jadinya bosan gak la sementara nak tunggu Encik burn ni datang brief aku. Encik Burn ni mmg coordinator la untuk hospital division syarikat aku.

Aku pun dengan tak tahu buat apa duduk jela kat meja tu. Biasala hari pertama segan nak buat apa2. Aku pon  buka fail...dokumen2 yang ada kat meja tu..baca2 apa yang patut. En burn pon masuk ofis dalam pukul 10 lebih ke 11 camtu aku tak ingat. Lalu dia bawa aku berjalan2 satu premis tula. Tunjuk segala bagai tempat yang ada kat situ. Bila aku tengok..memang lain la sebabnya aku bekas pekerja (praktikal je pon haha) prince court yang mewah tu...tetiba compare ngan premis F&B hospital kerajaan..x adil la pula kan. Tapi itulah tanggungjawab aku kat sini..aku lah yang kena improve semua keadaan ni kan.

Lepas habis tawaf satu premis tu..aku diperkenalkan kepada bos aku..Puan Nisa. Kami pon bersama seorang lagi dietitian yang baru diberi penerangan tentang skop kerja, projek akan datang dan hal-hal lain. Tugas pertama yang diberi oleh bos aku ialah buat billing..atau report sales. Maksudnya dalam sehari tu brapa sales..dalam konteks nie..pesakit lah pelanggan kitorang. Dan setiap bulan kami akan dibayar oleh kerajaan berdasarkan invois yang kami keluarkan lah sebab kami ni kira tender atau kontraktor je untuk menyediakan khidmat makanan kepada pesakit.

Setakat tu jela..hari pertama ni takde apa sangat..sekarang dah 3 bulan dah aku kerja dan tak sangka sebenanrya. Jujurnya kerja aku ni memang tough, mental kena kuat, tak boleh hati tisu..sebabnya bidang operasi ni memang 24 jam. Even kalau ko cuti pon bila2 masa ko kena respon kalau ada apa2 masalah yang berlaku di ofis. Memang ada masa2 aku rasa tak boleh tahan, rasa macam nak berhenti..tapi tula benda yang aku kena hadap dan harung...kalau kita dalam zon selesa je sepanjang masa, kita tak boleh tingkatkan tahap kematangan kita...

Ok habisla cerita pasal kerja ni..boleh jadi stress pulak haha. Lepas ni aku nak cerita pasal travel2 pulak yang mana ianya adalah jiwa sebenar aku,,cewahh...nantikan...


                                          Institut Kanser Negara...cantik, moden & sunyi..


16 comments:

  1. Assalamualaikum awak... boleh x bgtahu soalan apa ya yg ditanya waktu iv tu? Minggu depan ada iv untuk catering officer.. kalau boleh nk tahu apa soalan2 yg akan ditanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..sebenarnya dia x tnya soalan pon..byk explain pasal job jer..soalan yg dia tnya hanya pasal gaji n bila boleh mula tu jer..huhu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam bro,boleh tak tahu job description CO ni? Okay tak kerja dia utk daily task? Dulu amik kos apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..dia more on admin..jaga equipement, purchasing & hygiene..selain tu kerja2 admin..pasal ok ke x tu depends sebab ade org bole tahan stress environment macam hospital ada org x..saya dulu cos food service technology..harap ni membantu :)

      Delete
  4. Kalau perempuan sbg C.O,agak2 stress ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada individu..bagi saya la jantina bukan masalah kalo boleh tahan environment hospital

      Delete
  5. Saya dapat offer C.O di hospital,pada masa yang sama dapat juga QA di di kilang,manakah yg lebih baik dan apakah maksud env. Hospital

    ReplyDelete
  6. Nashruddin..isnin ni kena lapor diri,jawapan encik amat diperlukan,terima kasih krn membantu fikiran saya yg kusut ni

    ReplyDelete
  7. Nashruddin..isnin ni kena lapor diri,jawapan encik amat diperlukan,terima kasih krn membantu fikiran saya yg kusut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf maidatul baru perasan..saya pun susah nak cakap sebab mcm saya pun intern di hospital so pengalaman hospital tu dah ada & boleh adapt trus ngan tmpt kerja baru..beza dia mungkin kat hospital semuanya kena serba pantas n tepat berbanding kilang..pada pndapat saya la harap membantu

      Delete
  8. Kalau tak keberatan berapa gaji segi seri tu bagi ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. since sy fresh grad masa tu jadi cuma dpt 1800 jer..btw sy dah x keje situ lg

      Delete
  9. Replies
    1. just utk pencerahan..segi seri ni syarikat swasta yg menjadi outsource katering utk makanan pesakit di IKN..jadi ni bukan jawatan under kerajaan

      Delete
  10. Salam, boleh ceritakan serba sedikit ttg Praktikal under catering company ni, bagaimana kerjanya, apa tugas yg perlu dilakukan dan sebagainya? Saya bakal menjalani Praktikal jadi mencari info sebagai persediaan. Terima kasih.

    ReplyDelete